10 things I hate during pregnancy.

  1. Mual dan muntah

Yup, tempat pertama of courselah si cik mual dan pak muntah. I hate it especially in the early stages of pregnancy. Mual sampai rasa macam tak nak makan jek. Tapi laparrrrr. In the end, aku makan biskut tawar jek. Muntah pun tak best especially bila dah sampai tahap extreme ie. Keluar air color kuning diikuti sakit yang amat di bahagian abdomen/paru-paru/tulang rangka. Uwekkkk….

  1. Letih/Takde mood/Tak bermaya/Malas

Masa awal pregnant ni rasa takde mood sangat. Nak wat keje pun malas jek. Nak ngadap PC untuk main games kat yahoo pun malas. Asyik rasa nak tido jek. Lemahnyer aku ni. Kat office aku selalu melepak depan PC. Officemate ajak gi lunch kat Midvalley pun aku rasa malas. Weekend abang ajak gi shopping pun aku malas. In the end, abang gi shopping barang dapur sengsorang.

  1. Rasa mengantuk

Right now, aku rasa amat mengantuk sesangat especially around 11.30 am till 12.30 noon. Rasa macam ada gam jek kat mata aku suh tutup. Bila dah ngantuk tahap gaban, aku masuk bilik semayang, tidurlah sepuas-puasnya. Tapi kekadang tak leh gak nak tidur sebab aircond kat sini sejuk sangat.

  1. Tidur malam tak nyenyak

Sejak akhir-akhir ni aku susah nak lelap balik kalau dah terjaga dari tidur. Susah betullah. Pusing kiri tak best. Pusing kanan pun tak best. Tidur terlentang pun tak best jugak. Abis tu, aku nak tido gaya mana ni???…Uwaaaa…

  1. Susah buang air besar

Since aku dah kena consume Obimin dan Asid Folic, aku dah start susah nak membuang air besar. Taik keras cam taik kambing. Sakit bontot aku nak teran. Nak teran lelebih tak leh gak. Kang benda lain plak terkeluar. Haha. Sorry ek. 18 SG sket citer ni.

  1. Kaki bengkak macam gajah

Ni pulak towards the end of pregnancy. Masa ni biasa bila kandungan dah masuk third stage. Kaki bengkak sebab orang kata ada air sampai nak pakai kasut pun dah tak muat dah. As a result, gi office pakai selipar/sandals jek lah. Untuk elakkan benda camni jadik, bila duduk atau baring, alas bantal kat kaki tu. So that air tu tak mengalir ke bahagian kaki. Mujarab ker? Aku rasa biasa jek.

  1. Susah nak bernafas

Haaaa, ni part yang tak best jugak time pregnant ni. Susah betul nak bernafas. Cam ada orang sekat jek kat tenggorokan (what a word) aku ni. Kalau baring telentang, lagilah susah nak bernafas. In the end, kenalah tidur mengiring.

  1. Kejang otot

Yeah, kejang otot. Selalunya kejang otot ni jadi time memalam masa dah tido. Even dah tido pun, time kejang otot tu datang, automatiknya terus tersedar dari tido. Masa ni lah nak mintak belaian manja dari abang (mintak tolong sapu minyak dan urutkan). Sakit tau time kejang otot ni. Rasa cam paralyze pulak. Tak boleh nak bergerak langsung.

  1. Stretch mark

Sapulah lotion ape pun, tak menjadilah. Stretch mark tetap jugak nak kuar. Buruk betul kalau tengok kat cermin. Line-line yang bersimpang siur. Ngeri jugak tengok. Kekadang tanpa disedari, stretch mark ni disebabkan suka menggaru di bahagian perut. Iyelah, kulit perut kan elastic. So, time dia nak mengembang tu lah time gatal yang teramat melanda.

  1. Panas badan

Yup, suhu badan aku sejak akhir-akhir ni macam melonjak-lonjak naik. Terasa panas giler. Duduk bawah kipas pun rasa cam tak cukup jek. Abang kata sebab badan aku ada 2 jantung. Tu yang sebabkan haba badan aku meningkat. Haha. Entah betul, entah tidak.

The weakest week.

Lama dah tak update blog aku. Hajat banyak sangat nak update tapi apakan daya, time nak tulis kat blog jek terus blur.

These past few weeks aku rasa amat letih. Sesungguhnya aku amat lemah. Dehidrated. I've lost 3 kilos in a week. Why am I so weak at this moment?

It's becoz......

I'M 2 MONTHS PREGNANT!!!

Yes, 2 months. My early stages of pregnancy dah mula terbayang since last weeks lagi. Mual, muntah, lemah, takde mood. Semua datang at the same time. This is the part that I hate when pregnant. Muntah tak abis-abis. Siang malam pagi petang. Asyik muntah jek. Makan pun tak lalu.

One thing for sure is aku tak leh masuk toilet. Asal masuk toilet jek, nampak toilet bowl, aku rasa nak muntah. Uweksss....keluar segala-galanya. Ada waktu tu, sampai aku boleh rasa asam yang aku makan tu keluar balik. Rasa perut aku cam kena ikat dan dijerut. Bila dah habis sisa makan keluar, keluar pulak air perut kekuningan yang rasanya amat pahit sekali. (For those yang tak tahan tu tekan alt+F4).

Ahhh...bila dah lepas muntah, barulah rasa lega sikit. Lepas tu baru boleh makan. Sekarang aku avoid makanan berlemak dan berminyak. Yeah right. Ikan goreng ngan telur goreng aku bantai jugak. Lunch tadi pun aku makan nasi putih, ikan goreng, telur goreng dan kicap jek. Sedih tak?

Anyway, aku harap cepat ler 3 bulan ni berlalu. Cepat ler perut aku besar. Cepat ler kandungan aku ni masuk 4 bulan. Coz after that, hopefully, aku dah tak mual lagik. So, boleh melantak makanan seberapa banyak yang aku suka.

Kimmy pun macam dah tau yang dia nak dapat adik. Asyik tonjol-tonjol perut aku sambil buat bunyi 'toink' (repeat 4 kali). Thank god abang pun memahami aku. Aku dah lama tak masuk dapur untuk memasak. Why? Damn tired okay.

Balik kerja terus aku melepak atas sofa. I couldn't stand the smell of my own kitchen. My own bathroom. Even my fridge. So, apa yang aku boleh bau?. Entah.

Gosh, bila lah nak berakhir.......

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Last Thursday, 23rd February was my 26th birthday. Wow. Macam tak percaya jek. Pejam celik pejam celik dah 26 tahun rupanya aku ni. Rasa macam baru semalam jek aku abis belajar, masuk U, tempuh alam pekerjaan, kahwin dan beranak. Rasa kejap jek masa berlalu.

Umur aku dah makin meningkat. Banyak yang aku hajat dah aku dapat. Hajat aku seterusnya nak support Mum ngan Abah pergi haji. Tapi aku tak mampulah nak support 100%. Insya Allah aku akan support setakat mana kemampuan aku.

Ok. Back to my birthday bash. Pagi masa aku sampai office jek, macam biasa terus on PC. Log on to my e-mail. Banyak incoming mails. Tapi yang paling terharu sekali apabila aku received birthday wishes dari officemate aku. So, let me shared it with you all.

First, aku received birthday reminder daripada birthday organiser division aku, Kak Yah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahun berganti, bulan berlalu,
Hari ditunggu menjelang kini,
Cuba ingat di masa dulu,
Terima ucapan di hari jadi.

Ha....ha...haaaaaaaaa....Kini tiba giliran birthday girl bagi bulan February ini iaitu .... Pn. Marhamah Mohd Yusof pada 23/02/2006 (Khamis), seperti biasalah bagi sesiapa yang ingin mencucap personally ke, SMS ke, dengan e-mail ke...terpulang kepada creativiti sendiri!!! @ ext. 4641 or handphone : 013-342 2582...Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan, keimanan, dan kebahgiaan beliau di dunia dan di akhirat...amin...

Selepas tu pulak, aku received wishes dari Ramli pulak....

Selamat Ulang Tahun yg ke ?????.....

Baru jek aku nak jawab soalan si Ramli, e-mail daripada Azhar captured mata aku....

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Apa Mar dapat,
Untuk hadiah hari jadi?

Jawab Mar, jawab

Adoi...pening kepala lah pulak nak jawab pantun....pastu aku baca e-mail daripada Rashid pulak...

Selamat hari jadi Mar...tapi yang ke berapa??...17 kaaaaa...

Tu dia...penangan orang kedah...punya panjang soklan diaaaaaaaa....si Chain mencelah pulak...

Lompat si katak lompat,
Lompat tak berapa tinggi,
Aku dah tau ape Mar dapat,
Sebiji kek & kad hari jadi.

Ni mesti kes nak balas pantun si Azhar...tak sempat nak jawab lagik...ada pantun dari En Rosli...

Katak dah tak larat nak lompat,
Sebab terseliuh sebelah kaki,
Semuga beroleh apa yang dihajat,
Dilanjutkan usia dimurahkan rezeki.

Tu dia....alhamdulillah...rasa seronok pulak dapat birthday wishes ni...aku pun apa lagik...nak tunjuk skill mengarang pantun jugak...ni pantun aku balas kat dieorang...

TQ kepada mereka yang menjual pantun...nampak gaya kena beli ler plak...

Katak dah expired, macam mana nak lompat,
Ambillah kucing jadi pengganti,
Apa yang dihajat, Insya Allah akan ku dapat,
Untuk kalian, carrot kek sedia menanti.

Lepas tu aku dapat pulak message dari Kak Linda...

Very creative ah orang BS ni...anyway, to our 'baby' sister...Happy Bday Mar!!!

Baby?...dah tua bangka...anak pun dah satu...haha...emm...mesti korang wonder apa aku dapat dari abang as a present kan???...guess what...Abang buat surprise....He sent a bouquet of red roses and a ferrero rocher to my office with a message

HAPPY BIRTHDAY SAYANG. ABANG SAYANG SAYANG.

Waaaaaaa!!!!!!! seronoknya...rasa cam nak menitik jek air mata ni...tapi lepas tu aku dapat sms dari Abang saying that "coklat tu bagi-bagi kat officemate...jgn mkn sorang...ctrl sket badan tu"....kuang...kuang...kuang....

Anyway, I felt very happy with all the wishes that I received. Tapi before end of the day, aku received e-mail dari ex-manager aku, En Ismadi....

Baik baik bertanam padi,
Jangan sampai dimakan rusa,
Hari jadi Marhamah tiba lagi,
Anak kedua bila pula???

Cakpong...cakpong...

Haaa....yang ni memang aku kelu seribu bahasa....



















Hangin, hangin, hangin...grrr..

Aku nak ucapkan tahniah pada orang dan keadaan yang telah berjaya membuatkan blood pressure aku naik secara mendadak pagi ni. Kalau aku ni seorang perempuan yang kurang ajar (read : bitch), aku rasa dah berbakul caci maki keluar dari mulut aku ni. Berasap beb.

First of all, ucapan tahniah pada sorang mamat penunggang motosikal. Aku rasa mamat ni jenis yang tak ada akal kot. Ataupun otak letak kat tempurung lutut dia. Just imagine, letak dawai secara melintang dalam raga motor buruk lagi cabuk. Lepas tu, ada hati nak menyelit-nyelit dalam jammed. Habis calar balar kereta aku kena scratch dengan dawai besi buruk dia tu. Aku rasa dalam jammed yang macam sardin tu, dah berbakul-bakul caci maki yang terkeluar dari mulut car owner yang kena scratch tu. Geramnya.

Second, jammed right after masuk NPE. Lepas Smarttag jek, about a few meters, dah start jammed sampailah ke Angkasapuri. Aku ingatkan sebab jammed kat Jalan Bangsar. Tak pun because ada accident kat depan tu. Dahlah panas sebab tak boleh nak pakai aircond; minyak dah nak dekat enough line jek. Lepas jek stesen komuter Angkasapuri, clear pulak traffic kat jalan tu. Ni mesti sebab orang dah ramai yang masuk office dan ramai jugak yang potong queue kat depan Angkasapuri tu. Sakitnya mata dan hati. Panas, panas.

Third and the most things that really made my blood go upstairs (haha), ialah this one stupid, mulut takdak insurans guy. All I can say is ****. Dah lah aku ni dah lambat sampai office. So, with the high heels and increase in speed, terkuat sikitlah bunyi aku berjalan and passed this couple yang aku rasa is just a visitor kat sini. Suddenly I heard that stupid mamat said "ketak, ketuk, ketak, ketuk". Aku terus toleh kat mamat tu. Damn you stupid ugly man. Sempat aku bulatkan mata aku and I saw his stupid girlfriend (sorry dear) smile sambil cakap something dengan mamat tu.

Disebabkan aku dah terlambat, aku terus masuk lift. Sampai office and swipe my passcard tapi dah terlambat. Dah merah dah. Damn it again to that stupid ugly mamat. Kalau aku tau dah memang tak sempat nak sampai before 8.30 sharp, aku nak jek jumpa mamat tu and sound dia sket. Pastu bolehlah aku bagi lecture sket kat that girl that she's better leave that jerk yang tak hormat langsung pada perempuan. Grrrr, sampai sekarang aku ingat lagi muka couple tu and if I saw them again tomorrow, siaplah korang.

GERAMMMMMM!!!!!   

p/s Don't worry. Bila dah jumpa officemate aku yang kelakar, blood pressure aku dah normal balik. ;)

Goodbye 2005.

Guess it has been more than a month since the last entry in this blog. Bukan apa. Year end memang busy. To prepare BP as usual including all next year's budget. Naik pening kepala nak buat. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Cut sana sini. Suddenly this week, all the hectic work seems gone. Some of the papers that need to be completed dah siap and has been presented to the management. The top management in my office dah siap amik long leave. Ada tu sampai early next year. Aku jugak yang jadi tukang jaga office.

But for me it just like in heaven tau. Iyelah. Big boss (read : GM) cuti. My second big boss (read : AGM) pun cuti jugak. My boss (direct supervisor) pun cuti jugak. So, no more retired prefect walking around the office just to make sure that we are in the office.

2005

This year is such a happy year. Kimmy dah pandai jalan and panjat tangga. Hinggakan aku terpaksa beli baby gate untuk letak kat tangga rumah dan pintu dapur. Kalau tak, siaplah dia panjat. Ngeri jugak aku. Nowadays, dia dah mula nak duduk kat sofa. All this while, kalau aku dan Abang duduk kat sofa sambil tengok tv, Kimmy will sit at the floor. Ataupun baring atas tilam busuk dia. Now, dia dah pandai panjat sofa untuk duduk. Pernah sekali dia terjatuh sebab tak dapat nak balance his body while nak turun dari sofa. Nangis jugak. But alhamdulillah, he's ok.

In 2005 jugak, Abang kena demam denggi. Mujur bukan denggi berdarah. 3 days abang kena warded. Masa tu, akulah yang jadi ibu, aku jugak yang jadi ayah pada Kimmy and makes me realise that I cannot live without Abang. Feels so lonely when he's not around. Tak best! Nobody besides me during the night. Lepas tu kena keluar rumah pagi-pagi untuk hantar Kimmy ke nursery and have to drive to the office by myself. Tak best! So, everytime Abang rasa macam nak demam, I will make sure that he drinks a lot of water and 100 plus.

My sister, Kak Mimi pulak dah start kerja as a part time dj kat RTM. I think she suits to sit at that place. Why? Coz my sister is the person yang memang enjoy with all kind of arts. You name it. Singing, traditional dancing, acting. Lepas tu mulut pot pet pot pet. Non stop. But sad ending for my sister's relationship with her former boyfriend, Fariq. They clashed after having almost 10 years of serious relationship. But she's remains calm and steady. Could not see she's crying. Guess she is just like my father. A strong person.

My brother, Didie pulak dah habis belajar di ILP, Muar. I'm not sure what course but it's relates to computer jugak. So, after study, he has been working at computer shop in Permas Jaya. Now, he has started working at my father's office, MBJBT as a bailif. Don't ask me what is bailif. Ask him yourself. One funny thing about Didie ni, dia baru jek start belajar driving. Takut katanya. My parents cuma gelak jek. Harap badan besar tapi bawak kereta takut jugak. Jangan jadi macam adik aku yang lagi sorang, si Ellie. Habis kereta Kak
Mimi dilenjannya.

Cerita pasal Ellie pulak. He just finishing his SPM exam. So, sekarang ni jadi penganggur kat rumah. Hajat hati kata nak kerja part time kat Jusco Sri Tebrau tapi bulan Mac nanti dah nak kena pergi LPKN. So, abah suggest him to do part time work at McDonalds. Don't know whether he takes abah's advise or not. But Ellie is a brother that you can rely on. Surulah dia buat ape, sure dia buat. Masak nasi ke. Buat air teh ke. Buang sampah ke. Kira memang boleh haraplah adik aku ni.

Mum is 52 years old this year. She has another 3 years before retiring. I think she's the best mum ever for me. We shared everything. Kalau mum datang KL, mesti pegi jalan TAR. Shopping kain. Lepas tu tengok Avon campaign booklet. Beli beg. Sampai dah berlambak beg tersangkut kat rumah. She enjoys playing with Kimmy. When mum visited us kat KL, yang untung Kimmylah. Manja yang amat. Asyik nak mintak mum dukung jek. Mum pun manjakan Kimmy jugak. Iyelah, first grandson kan.

Abah pulak this year umur 53 tahun. Setahun tua dari mum. But he never look old. Guess the age is just a number to him. Kereta macam orang muda. Still stylish. Sepang circuit, Johor circuit, motocross racing, GP racing is one of his affiliations. Sometimes mum complaint coz Abah selalu takde kat rumah bila weekend. Kalau tak sibuk dengan racing, sibuk pulak dengan JKKK. Ada jek occasion yang nak kena handle. Jamuan rayalah, gotong royonglah. Even untuk raya haji ni dah sibuk. Boleh jadi YB abah aku ni.

As for me, 2005 has gave me a memorable year. Gred promotion, bonus, increment (its all about money..haha), meet long lost schoolmate, new working environment due to reorganization, meet my close friend after 8 years apart (Aikha), attending my schoolmate's wedding ceremony (Norli jek...yang lain tu bila lagik??), meet my 5C's classmate (miss you all...sob!..sob!) and many more.

Times up! Chows...   

Program Hari Raya

Hari ni dah masuk 7 hari berhari raya. Aku pun dah start kerja hari ni. Maklumlah dah lebih seminggu cuti. Macam malas pulak nak datang office. Aku sampai office pun awal sebab jalan tak jammed sangat. Belum pukul 8 aku dah sampai office. Terkejut beruk aku sebab akulah orang paling awal sampai. Lampu office pun tak on lagi.

Ok. Enough about office sebab mood raya still ada lagi. So, kali ni aku nak bercerita macam mana sambutan hari raya tahun ni. Tahun ni turn berhari raya di Johor tapi sebelum raya aku sempat balik Kemaman untuk hantar kuih raya yang kak Long aku dah tempah awal-awal untuk Mak. Hari Isnin, 31 October baru aku balik ke Ulu Tiram, Johor. Mum sempat pesan aku belikan keropok lekor Mersing. Sampai Johor, banyak benda tak settle lagi. Ketupat tak anyam, kuih tat nenas tak buat lagi. Akhirnya, aku sorang-sorang kena anyam ketupat sebab mum sibuk nak siapkan lauk untuk dimasak. Terpaksalah aku mintak tolong Abang ketatkan daun ketupat yang aku dah anyam.

Ok. Back to program hari raya. Hari raya pertama jatuh pada 3 November 2005 (hari Khamis). Pagi-pagi lagi Abah, Didie dan Ellie pergi ke rumah Tok Na sebab kebiasaannya Tok Na akan buat majlis tahlil. Abang tak pergi sebab terbangun lambat termasuklah aku. Lepas majlis tahlil, Abah, Abang, Didie dan Ellie pergi sembahyang raya. Aku, Mum, Kak Mimie dan Kimmy bersiap-siap dengan baju raya.

Lepas habis orang lelaki sembahyang raya, kami beramai-ramai berjalan kaki ke rumah Tok Na. Alah bukannya jauh sangat pun. Selang beberapa buah rumah jek dari rumah kami. Ramai jugak yang balik rumah Tok Na. Lepas tu mulalah acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Kimmy seronok sebab dapat banyak duit raya.

Lepas berhari raya kat rumah Tok Na, kami sekeluarga balik ke rumah untuk menunggu adik-adik abah datang beraya. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, adik-adik abah datang beraya. Penuh sesak jugak rumah tu. Dua-dua hall penuh. Tu tak termasuk saudara mara aku yang kecik yang main buai kat luar rumah. Lebih kurang 2 jam beraya kat rumah aku, mereka semua beransur pulang. Kami sekeluarga tak pergi ke mana-mana. Lagipun, petang tu kami akan balik ke Pontian, kampung sebelah mum. Nampak gaya raya tahun ni kurang meriah sebab kak Mimi tak ikut kami beraya sebab dia beraya dalam konti. Hahah...

Raya kedua pulak, selepas bertolak dari rumah Nyai di Pontian, kami ke rumah Tok Nah Ranggam di Simpang Renggam. Lama jugak kami kat sana. Abah, Abang, Didie dan Ellie sempat makan lemang dan rendang. Aku dan mum cuma makan kuih sikit jek sebab perut rasa tak best. Lepas tu kitaorang bertolak ke Labis, rumah Tok Botak, ayah angkat abah. Mum sempat singgah di Air Itam untuk beli bunga plastik. Sampai di Felda Tenang, Labis lebih kurang pukul 1 tengahari. Orang lelaki semua bersiap untuk pergi sembahyang Jumaat. Habis sembahyang Jumaat, kami makan tengahari. Lepas makan apa lagi, tido time.

Lepas Asar baru kami bertolak ke rumah Tok Nah Sibol, di Felda Sg Sibol, Kulai. Sampai di sana dah lebih kurang waktu Maghrib. Aku mandikan Kimmy dan kami disajikan makan malam. Emm, banyak jugak kitaorang makan sebab semua orang dah lapar giler. Lebih kurang pukul 9.30 malam baru kami bertolak balik ke Ulu Tiram melalui Felda Ulu Tebrau. Sampai rumah dalam lebih kurang pukul 11 malam.

Esoknya program hari raya cuma setakat lepak di rumah sambil tengok tv. Rasa macam dah lama tak tengok rancangan kat tv. Hari Ahad berikutnya barulah kitaorang ada peluang berjalan-jalan di JB. Itu pun setakat pergi ke Jaya Jusco Permas Jaya. Didie yang baru dapat kerja belanja kitaorang makan KFC. Malam tu, aku, Abang dan Kimmy pergi beraya ke rumah kawan sekolah aku, Aikha. Lama jugak kitaorang borak sampai tak sedar dah pukul 10.30 malam.

Esoknya kitaorang cuma duduk rumah jek dan tengok rancangan kat tv. Malam pulak, adik-beradik Mum datang serbu rumah kitaorang. Aku dan mum masak simple jek. Tomyam. Habis lebih kurang 12 pot nasi dan ayam 4 ekor.

Esoknya Selasa aku balik ke KL. Boringnya. Rasa macam nak cuti lagilah....

Aidilfitri Hari Mulia

Hello. Rasanya dah lama aku tak update blog aku ni. Erm, let me think. When is the last time i've updated this blog? Lupa lah.

Well, tinggal sehari jek lagi nak berpuasa. Insya Allah lusa dah boleh beraya. Yehaa. Rasa seronok pulak hari raya tahun ni. Iyelah, tahun ni turn beraya di Johor. Tu yang aku shopping sakan. Ni aku update blog pun guna comp kat rumah parents aku kat Puteri Wangsa, Ulu Tiram.

Tahun ni theme colour family aku (Aku, Abang dan Kimmy) ialah colour maroon. Saja jek amik colour maroon sebab aku tak pernah pilih colour ni. Masa mula kawin 2 years back, theme colour kitaorang ialah colour biru. Last year pulak colour hijau. So this year nak buat gempak sket, aku pilih maroon plak.

Baju melayu Abang dan Kimmy dah pun siap. Baju aku pun dah siap. Cuma aku siap beli 2 helai lagi baju tambahan. Sepasang kebaya organza colour hijau pucuk pisang dan sepasang lagi baju kurung kedah colour hijau kekuningan.

Untuk semua pembaca blog aku, aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi baca blog aku dan ucapan khas dari aku untuk korang semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Update o update.

Wow. Lama jugak tak update blog. Aku pun sejak dua menjak ni amatlah busy. So, today aku akan update mana-mana yang patut. Haha.

1. Me

So far dalam Ramadhan ni, aku masih kekal berpuasa. Tak ponteng lagi walau sehari. Last Monday aku kena sakit mata. Berpinar jugak mata aku. Time nak solat lagilah. Berdenyut, rasa macam nak terkeluar biji mata aku. Doc bagi MC 2 hari starting Monday tapi on Tuesday tu aku telah 'dipaksa' ke office. Sebab ada report yang perlu disubmit hari tu jugak. Terpaksalah abang balik rumah dan amik aku. Kesian abang. Terima kasih yek bang.

2. Kimmy

Hai si kecik ni. Kimmy dah setahun 4 bulan. Dia dah pandai main pusing-pusing sekarang ni. Seronok agaknya rasa pening kepala sampai terhantuk dinding. Lepas tu, kalau aku tengok tv sambil tiarap, Kimmy for sure akan datang dan duduk kat pinggang aku. Emm, ni mesti tiru budak kat nursery ni. Selera makan pun dah bertambah. Alhamdulillah. By the way, Kimmy lah pembawa virus sakit mata aku sebab Kimmy sakit mata dulu dari aku. Haha.

3. Abang

Berita paling best dari abang - dapat interim bonus. 3/4 gaji. Banyak jugak tu. Actually abang suruh aku amik kad kahwin kawan dia dari dalam beg. Aku pun selongkarlah beg tu. Alih-alih jumpa pay slip dia teruslah aku amik. Iyelah, pelik pulak sebab ni dah tengah bulan. Takkan ler baru dapat gaji kot. Rupanya interim bonus. Bestnya TNB. Telekom takde bagi interim bonus pun tahun ni.

4. Kakak ipar

Kimmy dah dapat new cousin. Last Wednesday kak Long selamat bersalin melahirkan seorang lagi cucu lelaki untuk mak dan ayah mertua aku. Kak Long bersalin kat Kajang Plaza Medical Center. Quite nice place medical center tu cuma parking space is very limited. Masa aku pi melawat kak Long, lebih kurang pukul 8 mlm tapi she's still in labour room sebab bila dia try bangun, dia kata rasa nak pitam. So, kak Long terpaksa dimasukkan air. Kesian jugak tengok kak Long. Muka pun pucat semacam jek. Aku bersyukur sebab masa aku deliver hari tu, tak lah sampai kena masuk air. 

5. Kak Mimi

Mum cakap kak Mimi ada orang nak tackle. Aku apa lagi terus call kak Mimi and she admit it. Kak Mimi cakap budak Kulai. Haha. Nasib baik bukan Mawi. Kak Mimi pun admit dia dengan Fariq dah clash sebab kak Mimi rasa Fariq tak serious nak kawin dengan dia. Erm, iyelah dah almost 5 years (or more) diaorang couple tapi  macam takde tanda-tanda ke arah marriage. Kesian kak Mimi. Aku cuma doakan dia akan mendapat kebahagiaan yang dicari. Amin.

Ok. Done.

Semalam, Hari Ini dan Esok.

Di inspirasi dari blog Mak Andeh dan Sultan Muzaffar. Ku kenang masa nan lalu untuk jadi tauladan di masa depan. Insya Allah.

20 Tahun Yang Lalu, 1985 (5 tahun)

1. Masa kanak-kanak pernah panjat tangki air rumah lama (Bukit Chagar) dan bila Abah balik kerja kena pukul teruk sampai minta ampun kat Abah agar jangan pukul lagi.

2. Belajar ABC daripada kak Mimi yang rajin ajar bila dia balik dari tadika.

3. Setiap hujung minggu pergi ke perpustakaan lama (sebelah Pejabat Pos Besar) untuk pinjam buku. Pernah masa Abah hantar aku dan kak Mimi naik motor 3 orang dan selipar aku tercabut. Terpaksa Abah patah balik amik selipar yang tercicir.

4. Seronok sebab adik aku (Ross) lahir dan aku sendiri tengok Mum lahirkan dia kat kampung. Real life story beb.

5. Yang aku paling ingat, orang kalau tanya aku, aku suka makan lauk apa. Aku jawab lauk katak. Aku pun confuse kenapa aku jawab macam tu sebab aku anti katak sampai sekarang. Sorry cik katak.

15 Tahun Yang Lalu, 1990 (10 tahun)

1. Kena gelek arab time subject Alam Dan Manusia oleh Cikgu Zainuddin sebab tak siapkan kerja rumah. Sampai sekarang I'm asking myself, is that what people say sexual harassment? Confuse.

2. Masuk pertandingan tarian antara kelas masa Darjah 4 Merah. Dapat second place. Penat aku berkemban. Tapi that traditional dance memang best. Sampai sekarang kalau aku dengar music dia, sure try nak dance balik. Tapi gagal lah.

3. First time kena chicken pox. Aku ingat cuma kudis biasa jek kat kepala. Aku pecahkanlah. Besoknya habis badan aku berbintik. Yang bestnyer cuti sampai 2 minggu sebab lepas kena chicken pox, aku kena sakit mata pulak.

4. Every friday, mesti aku kena marah dengan Cikgu BM aku, Puan Rohani. Aku pun tak sure kenapa dia mesti marah aku setiap hari Jumaat. Sampai nangis-nangis aku. Dia kena weekly menstrual cycle kot. Hahaha. Ampun cikgu.

5. Ada budak laki suka kacau (read ngorat) aku dalam bas. One day, dia pernah calarkan tangan aku dengan jarun peniti. Aku pun pura-pura nangis cakap sakit. Terus tak kacau aku lagi. Tau takut.

10 Tahun Yang Lalu, 1995 (15 tahun)

1. Aku dan beberapa orang kawan aku (Peachy, Farah dll) memberontak masa tengah band practise. Puncanya sebab tak tahan kena drill dengan senior yang suka blame kitaorang membabi buta. Lastly, aku quit band.

2. First time aku register untuk tuition sebab nak amik periksa PMR tapi aku cuma attend sebulan jek sebab takde kawan.

3. Dapat result PMR (6A 2B). Quite frustrated jugak sebab aku aimed nak dapat straight A's. Tapi tak perlah. Boleh dimaafkan sebab subject yang dapat B tu Geografi dan Kemahiran Hidup. Haha.

4. Ada sorang budak mati kena panah petir kat sekolah aku and I was there at the scene. Sampai sekarang aku takut dengan petir. Help me.

5. Pergi Bangkok untuk band performance sempena ulang tahun raja Thai (not sure berapa tahun). Singgah di Hatyai dan menginap di satu hotel bernama Pink Hotel. Ramai sungguh 'perempuan murahan' kat bawah hotel tu. Serammm.

5 Tahun Yang Lalu, 2000 (20 tahun)

1. Kenal Abang through internet. Masa tu Abang tengah practical kat UNITEN. E-mail saja penghubung kami. Iyelah, time tu semua kawan-kawan jek. Lagipun, aku dah ada bf.

2. Ex-bf aku tinggalkan aku sebab mak dan kakak dia tak suka aku. Lagipun aku bukannya kaya macam diaorang tu. Apa nak buat. Family aku berkenan tapi family dia tak berkenan. Putus. Dia pun dah kahwin dengan pilihan mak dia dan mengajar di Sarawak.

3. Amik BBA (major in Finance). Sepatutnya aku amik Bac in Acc tapi sebab terpengaruh dengan senior yang kata accounting kat MMU tak dapat LAN certificate terus aku tukar course. Budak-budak macam tu lah. Tak matured.

4. Bercuti bersama kawan-kawan (Aina, Ain dll) di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Seronok dan aku telah menunjukkan bakat berkaraoke aku. Aku Cinta Padamu - Siti Nurhaliza. Cayalah.

5. Habis belajar try cari kerja. Tak sempat nak kerja, Telekom dah panggil. Sampai sekarang.

3 Tahun Yang Lalu, 2002 (22 tahun)

1. First time dating dengan Abang dekat Burger King KLCC. First time jumpa Abang and terus cakap dalam hati, comel jugak mamat ni. Terus lekat. Haha.

2. Sewa rumah untuk sebulan sahaja di Setiawangsa sebab tak tahan dengan perangai housemate yang kerja di pub. Kadang-kadang bawa balik botol arak. Tak tahan sangat, aku dan kak Mimi pindah ke Wangsa Maju. Lagi best duduk dengan student yang semuanya budak Sarawak.

3. Abang melamar aku time tengah melantak kat Mid Valley. Aku pun pura-pura tak dengar tapi dalam hati, tuhan jek yang tahu. Haha.

4. Abang dan aku buat kerja gila. Abang direct tanya Abah yang dia nak datang meminang aku. Abah dan Mum senyum jek. Bila Abang dah balik, Abah cerita, Abang nampak gabra dan menggigil. Aku gelak puas-puas.

5. Aku dah start jumpa kawan-kawan zaman sekolah. Best giler. Tapi through internet jek.

Tahun lepas, 2004 (24 tahun)

1. Aku selamat melahirkan seorang anak lelaki bernama Tun Adli Hakimi Bin Tun Abd Karim with nickname Kimmy. Hopefully one day Kimmy can replace Kimi Raikkonen. Tingginya cita-cita aku.

2. First time naik gred. Semua orang mintak aku belanja. Alah, takat naik satu gred jek. Bukan naik dari Assistant Manager ke Manager. Tu baru gempak.

3. Pindah rumah dari rumah sewa di Desa Petaling ke Bandar Baru Bangi sebab aku tak suka bau rumah sewa aku. Bau busuk. Actually masa tu aku tengah 3 months pregnant and hormone aku tak ok sket. Kesian Abang.

4. Berpindah ke Wisma Telekom disebabkan restructuring. Aku sorang jek dari division lama kena campak ke Wholesale. Yang lain remain. But I'm glad to transfer to another division sebab ramai kawan baru.

5. Tension ngan officemate lama sebab asyik main bowling jek time lunch. Aku tak leh nak join sebab tengah pregnant. Abis pregnant dah kena transfer division lain pulak. Boring.

Tahun ini, 2005 (25 tahun)

1. First time aku vote untuk Akademi Fantasia. Bermati-matian. Tak dapat guna handphone, aku guna fixed line pulak. Tak perlulah aku reveal siapa yang aku vote.

2. Kimmy umur setahun tapi gigi dah nak masuk 12 batang. Bila dah pandai jalan, aku lak jenuh nak jaga sebab dia dah tak mau nak duduk diam.

3. Abang kena denggi. Tinggallah aku kat rumah dengan Kimmy. Takut jugak tapi apa nak buat.

4. Turn Abang naik gred pulak.

5. Semua adik-beradik aku dah kerja except Ellie (SPM tahun ni). Kak Mimi kerja as DJ kat RTM. Ross kerja kat IT company kat Permas Jaya.

Tahun Depan, 2006 (26 tahun)

1. Menambah bilangan anak kepada 2.

2. Dimurahkan rezeki.

3. Dapat bonus dan increment yang best. Haha.

4. Nak renovate rumah.

5. Stay healthy.

10 Tahun Dari Sekarang, 2015 (35 tahun)

1. Murah rezeki.

2. Anak 4

3. Stay healthy

Insya Allah....

A tiring week.

Fuh, I'm so glad that today is Friday and weekend is coming. Penatlah minggu ni. 4 hari berturut aku balik lambat dari biasa. Banyak sangat kerja yang due minggu ni. Budget 2006, BP 2006 and report. Semua due minggu ni. Berpinar mata aku mengadap monitor ni.

First day, hari Isnin aku stay sampai pukul 7 pm jek. Itu pun sebab dah merayu kat AGM aku untuk balik before maghrib. Sebab Abang pergi workshop kat Seremban dan aku kena pergi amik Kimmy kat nursery. Keluar parking office dah lebih kurang 7.10 pm. Cuaca dah nak gelap. Aku dah lah tak biasa drive malam. Tapi, aku pecutlah jugak sebab nak sampai rumah sebelum betul-betul gelap.

Second day, aku stay sampai kul 6.30 pm jek. Same excuse aku guna. Alhamdullilah, AGM aku approved. So, macam ribut jugak aku drive. Nak elak malam punya pasal. Malam tu pukul 10 pm aku dah tidor. Nasib baik Kimmy pun tidor awal jugak.

Third day, aku stay sampai 8.30 pm. Tak boleh guna excuse lagi sebab Abang dah abis workshop hari ni. Tapi Abang kena amik aku kat office sebab aku takut nak balik naik komuter malam-malam. Nak berjalan pergi LRT pun aku takut. Iyelah, LRT Kerinchi tu sunyi kalau dah malam.

Semalam pulak terpaksa stay sampai pukul 9.30 pm sebab presentationnya hari ni. Banyak jugak benda yang nak di amend. Nasib baik GM aku baik hati. Dia mintak kitaorang order pizza and dia bayarkan. So, kitaorang makan ler pizza free.

Sekarang ni, presentation still on. Aku pun tak tau lah nak habis pukul berapa. Tapi AGM aku dah bagi green light untuk balik rumah and aku tengah tunggu Abang pick up aku. Penatlah. Tak larat nak stay malam ni.

Aku nak tidorrrrrrr....